| Dialek Johor-Riau Dialek ini digunakan di hampir semua bekas jajahan empayar Johor-Riau di Semenanjung. Dialek Johor-Riau kini menjadi asas kepada pembentukan Bahasa Melayu standard di Malaysia. Ciri utama dialek ini adalah akhiran ‘a’ yang dibunyikan sebagai ‘ě’. Seperti contoh: Saya - disebut sayě Apa – disebut Apě Berapa – disebut Berapě Bagaimanapun akhiran ‘a’ untuk kata-kata yang diadotasi dari perkataan Indonesia dikekalkan seperti sebutan asal : Anda – disebut anda Merdeka - disebut Merdeka bunyi akhiran ‘r’ tergugur pada kata-kata seperti berikut: Besar - disebut Besa (dengan sebutan a yang betul) lebar - disebut Leba (dengan sebutan a yang betul) sabar - disebut Saba (dengan sebutan a yang betul) Bunyi ‘o’ diguna menggantikan kata-kata yang berakhir dengan sebutan ‘ur” Tidur – disebut Tido Telur – disebut Telo Pengguguran bunyi ‘r’ ditengah kata sebelum huruf konsonen seperti berikut: Kerja - disebut Keja (a menjadi sebutan ě) Pergi - disebut Pegi Berjalan - disebut Bejalan Bagaimanapun terdapat viarasi kecil di dalam dialek ini mengikut kawaan-kawasan tertentu. Variasi tersebut dapat dilihat dibawah: Ejaan Standard Johor-Riau Johor Pesisir Barat & Utara Melaka Besar Besa Beso Besau Lebar Leba Lebo Lebau Sabar Saba Sabo Sabau Langgar langga Langgo Langgau Tukar Tuka Tuko Tukau Dialek Negeri Sembilan Penutur bahasa Melayu di Negeri Sembilan telah dipengaruhi bahasa Minang. Ini disebabkan negeri itu mempunyai sejarah panjang dengan Suku Minangkabau dari Sumatera. (contohnya tidak disertakan disini) Dialek Perak Terdapat dua pecahan kecil dalam dialek Melayu Perak (Tengah dan Selatan) Sebagaimana dialek Johor-Riau, Dialek Perak juga tidak mengikut sebutan baku ‘a’ seperti contoh berikut: Ejaan Standard Johor-Riau Perak Selatan Perak Tengah Saya Sayě Sayěě Saye Apa Apě Apěě Ape Berapa Berapě Berapěě Berape Nota: Huruf-huruf ěě merupakan sebutan ‘ě’ yang dibunyikan dengan jelas. Manakala huruf ‘e’ mengikut contoh bunyi e dalam kata ‘beca’ Bagaimanapun terdepat sedikit perbezaan kata antara dialek Perak dengan Bahasa Melayu Standard seperti dibawah: (sekadar beberapa contoh) BM Malaysia Perak Selatan Perak Tengah Kamu Koměě Kome Kota Kotěě Kote Dialek Utara (Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak Utara) Selain berbeza sebutan, terdapat juga perbezaan kata yang jelas antara dialek Utara dengan Dialek Johor-Riau. Ciri utama dialek ini adalah sebutan ‘a’ dihujung kata yang dibunyikan secara baku. Ejaan Standard Dialek Utara Saya Saya (mengikut sebutan baku) Dia Dia (mengikut sebutan baku) Mana Mana (mengikut sebutan baku) Huruf ‘r’ di akhir kata diganti dengan bunyi ‘q’. Lihat contoh: Ejaan Standard Dialek Utara Bergetar Bergetaq Ular Ulaq Telur Teloq Bunyi ‘i’ di tengah digantikan dengan bunyi ‘ia’ Ejaan Standard Dialek Utara Pasir Pasiaq Baligh Baliaq Pengguguran huruf ‘g’ dibelakang kata. Contoh: Ejaan Standard Dialek Utara Kambing Kambin Kuning Kunin Anjing Anjin Kata-kata yang berbeza dengan Bahasa Melayu Standard (sekadar beberapa contoh): BM Standard Dialek Utara Awak / Kamu Hang Mereka (bunyi ě) Depa (sebutan baku) Sekejap Sat Kenapa (bunyi ě) Awat Pergi Pie Kelapa (bunyi ě) Nyoq Terdapat juga dialek kecil didalamnya yang mempunyi sedikit beza sebutan seperti dibawah: Dialek Utara Dialek Utara (Perlis) Kasut Kasuit Pulut Puluit Dialek Kelantan (kecek kelate) Dialek Kelantan merupakan dialek Melayu yang paling banyak mempunyai beza sebutan dari dialek-dielak Melayu di Semenanjung. Selain beza sebutan, dialek Kelantan juga mempunyai banyak perkataan yang berbeza. Ciri utama dialek Kelantan adalah penggantian huruf ‘n’ dan ‘ng’ di belakang kata dengan huruf ‘e’ (sama dengan bunyi e dalam kata Beca) Ejaan Standard Dialek Kelantan Kawan Kawe Bulan Bule Terang Teghe Tenang Tene Bukan Buke Tangan Tange Huruf ‘a’ di belakang kata juga diganti dengan bunyi ‘o’ Ejaan Standard Dialek Kelantan Apa Gapo Hamba Ambo Mana Mano Perbezaan kata antara dialek Kelantan dengan Bahasa Melayu Standard Ejaan Standard Dialek Kelantan Satu (dua, tiga empat…) Se (dua, tiga empat…) Saya Kawe / ambo Awak / Kamu Demo Bagaimana Guano Cakap Kecek Duit Pitih Gaduh Gocho Juara Jogho Kelapa Nyo Kawan / sahabat Saing Dialek Terengganu Gaya percakapan penutur dialek Terengganu sama seperti dialek Kelantan. Bagaimanapun ianya berbeza dari segi sebutan. Ciri utama dialek Terengganu adalah penambahan huruf ‘g’ bagi kata-kata yang berakhiran dengan ‘n’. Contoh: Ejaan Standard Dialek Terengganu Makan Makang Ikan Ikang Bukan Bukang Badan Badang Pun Pung Zapin Zaping Kemaman (nama daerah) Kemamang Jalan Jalang Hujan Hujang Dalam dialek Terengganu huruf ‘a’ di akhir kata juga diganti dengan bungi ‘ě’ yang jelas sebagaimana dielak Perak (selatan) Ejaan Standard Dialek Terengganu Dialek Kelantan Apa Apěě Gapo Mana Maněě Mano Ada Aděě Ado Pengguguran huruf ‘m’ didalam kata-kata seperti : Ejaan Standard Dialek Terengganu Jumpa Jupěě Sampai Sapaa Terdapat juga sedikit perbezaan kata didalam dialek Terengganu seperti contoh berikut: BM Standard Dialek Terengganu Duit Piti Selalu Sokmo (ada diantaranya sama dalam dialek Kelantan) Dialek Pahang Gaya penuturan sama seperti penutur dialek Kelantan dan Terengganu. Tetapi berbeza sedikit dari segi sebutan. Tidak banyak info yang diperolehi tentang dialek ini kerana penuturnya lebih cenderong menggunakan dialek Johor-Riau (Pahang di satu masa dahulu adalah sebahagian dari jajahan kerajaan Johor-Riau-Lingga) Dialek Sarawak Bahasa Melayu Sarawak merupakan dialek yang paling besar perbezaannya dengan dialek-dialek Melayu lain di Malaysia. Dielak ini juga dipengaruhi bahasa Melayu Brunai, Bahasa Iban, Bidayuh, Melanau dan bahasa suku-suku di Filipina. Berikut adalah beberapa perkataan didalam dialek Melayu Sarawak BM Standard Dialek Sarawak Saya Kamek Awak / kamu Kitak Dia Nya Tidak Sik Jangan Sikboh Ini Itok Sini Sitok Itu Ya Situ Siya Sana Sinun Mana Ne Dimana Sine Cakap Madah Orang Sidak Cantik Kacak Sombong lawa Lama Lamak Jumpa Temu Kucing Pusak / pusa Anjing Asok Ayam Manok Ya Auk dan banyak lagi perkataan dalam dialek Sarawak yang sangat berbeza dengan dialek-dialek Melayu di Semenanjung. (tapi ada juga yang sama) Dialek Sabah Bahasa Melayu Sabah tidaklah banyak berbeza dengan bahasa Melayu Semenanjung berbanding bahasa Sarawak. Bilangan orang Melayu-Brunei yang bukan majoriti tidak dapat mempengaruhi pertuturan Bahasa Melayu di Sabah. Keadaan ini menyebabkan suku-suku asli di Sabah menjadi bahasa Melayu Standard sebagai bahasa pemersatu antara mereka. Bagaimanpun, mereka menggunakan sebutan baku yang bunyinya seperti Bahasa Indonesia. Disaming itu terdapat juga kata pinjaman dari bahasa suku kaum di negeri itu. Bagaimanapun data yang tersedia masih minium Biarpun banyak variasi dalam dialek-dialek Melayu Malaysia, generasi muda kini semakin ramai yang menggunakan bahasa Melayu Standard berbanding dialek ibu mereka sendiri. Keadaan ini dapat dilihat ketara pada pertuturan orang Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Perak. ini adalah versi yang kedua. versi pertama telah terhapus tanpa disengajakan. Haraf Maaf
|